Sunday 6 November 2011

UCAPAN RAYA

Nak ucap selamat hari raya juga di sini.  Walaupun ini hari raya haji, kita semua meraikannya juga dengan pelbagai acara.

SELAMAT HARI RAYA HAJI

Kami sekeluarga tak mempunyai acara istimewa.  Sekadar pergi makan-makan saja!

Tuesday 25 October 2011

ADUH! ADUH! ENAK BETUL BUAT DUIT!

Bayangkanlah binoculars yang berharga RM 1,900 telah dibeli dengan harga RM 56,000.  Beribu ganda untungnya untuk si pembekal!

Ya.  Memang enak betul pembekal membuat duit.  Walaupun belum terbukti ada perbuatan rasuah, kenyataannya si bodoh pun  tak akan membeli barang dengan harga sedemikian tinggi bezanya dengan harga pasaran.  Biasanya orang berunding untuk mendapat harga yang lebih murah!

Tapi apa yang amat menjengkelkan ialah Jabatan Taman Marina yang betanggung-jawap di atas perbuatan ini telah menggunakan duit rakyat untuk membeli barangan ini.  Bukan setakad barangan ini saja.  Banyak lagi barangan dan alat-alat yang mereka beli itu terlalu jauh tinggi harganya dari harga pasaran.  Pastilah ini serius dan ada yang tidak kena!

Pegawai di Jabatan ini jelas tidak bertanggung-jawap.  Tidak ada apa penjelasan pun yang dapat menyokong perbuatan seperti ini.

Saturday 8 October 2011

CUBA MASKER & JAMU

Semalam aku jumpa kawan lama.  Lama sudah kami tak berjumpa.  Jadi kami setuju terus ke restoran untuk 'catch up' sambil minum dan makan.

Seronok juga kerana macam-macam cerita yang keluar.  Aku jeles pula melihat kulit mukanya yang licin dan cantik.  Lalu aku turut bertanya.  Rupanya dia amal pakai masker dan makan jamu beras.

Dia pun bermurah hati mencerita perihal ini.  Katanya bahan-bahan ini memang menyegarkan wajah.  Ia juga bantu melancarkar peredaran darah dan mengurangkan kepenatan.

Bahan-bahanya untuk jamu adalah seperti berikut: 1kg cekur, 1 genggam beras, 5 potong kayu manis, 10 kuntum bunga cengkih, gula Melaka dan 1 sudu asam jawa. 

Caranya pula ialah:  Goreng beras tanpa minyak sehinga nampak kekuningan.  Kemudian tumbuk halus. Tambah cekur, bunga cengkih, kayu manis yang sudah dibersihkan dan tumbuk lagi. Rebus gula merah dan asam jawa dengan setengah periuk sedang air.  Sejukkan.  Apabila sejuk tambahkan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau dan tapis. Minum 1 cawan sehari.

Sementara itu maskernya dengan mencampurkan segenggam beras dengan dua genggam cekur bersih.  Kisar atau tumbuk sehingga halus.  Campurkan dengan sedikit air.  Titiskan menjadi bedak sejuk.  Guna seminggu dua kali.

Mari kita manfaatkan dengan cuba mengamalkannya.

Monday 26 September 2011

GADUH LAGI DI KEM

Kita sedih dengan pelbagai peristiwa yang berlaku di kem latihan remaja.  Ada yang sampai kes mati.

Kes terakhir ni gaduh lagi!  Adakah sampai matlamat murni yang dinyatakan?  Atau ada matlamat lain yang tesirat?  Entahlah!

Sunday 11 September 2011

TAKING A PLUNGE INTO THE BLOGGING WORLD

Yeah.  That is exactly what I am doing.  I see a platform and an inviting pool.  :)