Saturday 8 October 2011

CUBA MASKER & JAMU

Semalam aku jumpa kawan lama.  Lama sudah kami tak berjumpa.  Jadi kami setuju terus ke restoran untuk 'catch up' sambil minum dan makan.

Seronok juga kerana macam-macam cerita yang keluar.  Aku jeles pula melihat kulit mukanya yang licin dan cantik.  Lalu aku turut bertanya.  Rupanya dia amal pakai masker dan makan jamu beras.

Dia pun bermurah hati mencerita perihal ini.  Katanya bahan-bahan ini memang menyegarkan wajah.  Ia juga bantu melancarkar peredaran darah dan mengurangkan kepenatan.

Bahan-bahanya untuk jamu adalah seperti berikut: 1kg cekur, 1 genggam beras, 5 potong kayu manis, 10 kuntum bunga cengkih, gula Melaka dan 1 sudu asam jawa. 

Caranya pula ialah:  Goreng beras tanpa minyak sehinga nampak kekuningan.  Kemudian tumbuk halus. Tambah cekur, bunga cengkih, kayu manis yang sudah dibersihkan dan tumbuk lagi. Rebus gula merah dan asam jawa dengan setengah periuk sedang air.  Sejukkan.  Apabila sejuk tambahkan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau dan tapis. Minum 1 cawan sehari.

Sementara itu maskernya dengan mencampurkan segenggam beras dengan dua genggam cekur bersih.  Kisar atau tumbuk sehingga halus.  Campurkan dengan sedikit air.  Titiskan menjadi bedak sejuk.  Guna seminggu dua kali.

Mari kita manfaatkan dengan cuba mengamalkannya.

4 comments: